Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 25 Oktober 2011

Tujuh panel tingkat taraf hidup Melayu/Islam S'pura

Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong (empat dari kanan), dan Encik Mohd Nizam Ismail (kanan Encik Goh) memotong kek ulang tahun AMP bersama para mantan pengerusi AMP -- (dari kiri) Encik Imram Mohamed, Encik Ismail Ibrahim, Encik Yang Razali Kassim, Dr Hussin Mutalib, Dr Ahmad Mohd Magad dan Haji Mohd Alami Musa - dalam majlis makan malam kelmarin.

SINGAPURA - ANGKATAN Karyawan Islam (AMP) telah menubuhkan tujuh panel yang dianggotai para karyawan untuk meneroka strategi-strategi baru yang diharap dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu/Islam dalam dekad selanjutnya.

Sejak dua tahun lalu, panel-panel itu telah mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu yang dihadapi masyarakat dan berharap dapat membentangkan strategi-strategi tersebut dalam Konvensyen AMP 2012 pada Jun tahun depan.

Berucap dalam majlis makan malam meraikan ulang tahun ke-20 badan itu di Orchid Country Club kelmarin, Pengerusi AMP, Encik Mohd Nizam Ismail, berkata badan tersebut akan meneruskan peranannya dalam menerajui usaha mencerna idea dan pendapat dalam menangani isuisu yang menjejas masyarakat.

'AMP mesti meneliti isu-isu nasional dan global daripada sudut yang lebih besar, terutama yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada masyarakat,' ujar beliau kepada 400 hadirin.

Antara langkah yang diambil AMP ialah menubuhkan Unit Perancangan Strategi bagi membantu badan tersebut menentukan strategi, selain membentuk Unit Penyelidikan dan Pengembangan (R&D) dalam menghasil dan menguji program-program sosial.

Menyentuh tentang masyarakat Melayu/Islam pula, Encik Nizam berkata AMP akur bahawa mereka telah mencatatkan banyak kemajuan dalam pendidikan, pendapatan keluarga dan sosio-ekonomi berbanding 20 atau 30 tahun lalu.

Ini adalah hasil usaha yang dilakukan negara dan pertubuhan kebajikan sukarela (VWO), termasuk AMP, namun menurut beliau, jurang pencapaian antara masyarakat Melayu dengan yang lain masih luas.

Malah, masyarakat Melayu mempunyai peratusan lebih tinggi dalam masalah-masalah sosial, seperti keluarga pincang dan kenakalan remaja serta seks rambang di kalangan golongan muda.

Beliau berkata Singapura menikmati pertumbuhan ekonomi yang telah menaikkan taraf kehidupan rakyat secara keseluruhannya, tetapi globalisasi dan sekitaran ekonomi yang berubah telah meluaskan jurang pendapatan itu.

'Masyarakat Melayu/Islam terutamanya lebih terdedah kerana kita mempunyai peratusan lebih tinggi dalam pekerjaan-pekerjaan bergaji rendah,' ujar Encik Nizam.

Menurut beliau, kanak-kanak dan para pekerja Melayu/Islam juga perlu bersaing di sekolah dan tempat kerja, bukan sahaja dengan kaum-kaum lain, malah dengan bakat-bakat asing juga.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular