
BANDAR SERI BEGAWAN - Populariti makanan Malaysia di negara ini telah terbukti buat kali keenam sejak ianya dipromosikan oleh Royal Brunei Catering (RBC) dalam tempoh lima tahun kebelakangan.
RBC mula mempromosi makanan Malaysia pada 2005 di Restoran Seasons dengan menyajikan makanan Malaysia asas diikuti pada 2007 dan 2008 dengan konsep yang sama, kata Pengurus Umum RBC, Haji Omar Ali Haji Mohd Daud pada pelancaran pesta makanan Malaysia di Restoran Airport hari ini.
Pada 2009, katanya RBC memfokuskan pada makanan Pulau Pinang dan pada 2010 pula, telah mengubah lokasi restoran ke Restoran Seasons dengan menumpukan makanan Johor.

Selain Restoran Airport, ujarnya RBC juga menyediakan menu ala carte sepanjang promosinya di Restoran Seasons seperti sup ekor lembu Bangsar, udang dengan bijirin, kambing shank briyani dan asam laksa Penang.
Promosi sehingga 9 November ini juga menyediakan hiburan buat pengunjungnya dengan mengundang dua artis Malaysia iaitu raja teh tarik Meor dan karikatur Jack.