Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 24 Oktober 2011

Anggota polis ditikam semasa cuba menolong

Kesan tikaman dekat mata kanan mangsa.





ALOR GAJAH - Niat baik seorang anggota polis mahu membantu seorang penunggang motosikal yang disangka kehabisan petrol membawa padah apabila dia ditikam sebelum ditolak ke dalam gaung di jalan besar Hutan Percha di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, motosikal Honda EX5 milik mangsa, Koperal Nasharuddin Mansur, 50-an, turut dilarikan penjenayah berusia 20-an itu.

Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai tindak-tanduk mencurigakan seorang lelaki yang tidur di bawah pokok getah sambil memakai topi keledar dan sebuah motosikal ditinggalkan di tepi jalan.

“Ketika sampai di situ, saya melihat lelaki itu sedang berjalan kaki dengan bertopi keledar sambil menjinjing botol berisi petrol dari arah sebuah pam minyak sebelum bertanya masalah dihadapinya.

“Bagaimanapun, belum sempat saya menongkat motosikal untuk mendekatinya, dia menikam bahagian tepi berhampiran mata kanan saya dengan gunting,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, dia bernasib baik berikutan tikaman itu tidak terkena mata.

Katanya, suspek juga menolaknya sehingga jatuh ke dalam gaung di tepi jalan berkenaan.

“Pada waktu itu tiada pengguna jalan raya melalui jalan berkenaan dan saya terpaksa menghubungi Balai Polis Hutan Percha tempat saya bertugas bagi mendapatkan bantuan,” katanya. Menurutnya, difahamkan petrol yang dibawa suspek baru dicuri dari rumah seorang pekebun getah sebelum dia berpura-pura berjalan kaki dari arah sebuah pam minyak tidak jauh dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan kejadian dan berkata, gerakan memburu suspek yang membawa lari motosikal bernombor pendaftaran KBR 7269 milik mangsa sedang giat dilancarkan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular