SUASANA berbeza menyelubungi kedua-dua pasukan dengan pemain Negeri Sembilan (berbaju kuning) saling berpelukan gembira dan meraikan kejayaan bergelar juara manakala pemain Terengganu tunduk kecewa menutup muka di padang dengan kekalahan tipis 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.SHAH ALAM - Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.
Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.
Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-85.
