Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 4 Oktober 2011

Kepala ditusuk bilah mesin pemotong rumput

Mohd Abdul Wahab masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HSB.




ALOR SETAR - Akibat tersilap menekan suis mesin pemotong rumput ketika mahu menukar bilahnya, seorang lelaki, Mohd Abdul Wahab Mat, 37, kini koma dan bertarung dengan maut selepas satu daripada bilah mesin berkenaan melantun serta menusuk kepalanya.

Kejadian berlaku pada jam 7.10 malam Ahad lalu di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, Jitra, dekat sini dan mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Abang mangsa, Mohamad Nor, 49, berkata ketika dibawa ke HSB, mata pisau itu dikatakan masih melekat di kepala adiknya dan hanya dibuang doktor selepas menjalani pembedahan tidak lama kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian ibunya, Chik Ali, 65, dan bapanya, Mat Don, 71, berada di rumah dan mangsa dikatakan sempat menjerit sebelum pengsan.

“Mereka segera memangkunya sambil memekap kepala dengan kain kerana darah mengalir dengan banyak sebelum menghubungi ambulans,” katanya di sini, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular