Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 3 Oktober 2011

Kisah dibuang kerja kerana penyakit bipolar

Warga emas daripada AAC Geylang Serai melakukan senaman selepas menyertai pembentukan reben manusia di Karnival Kesihatan Mental semalam.




SINGAPURA - BELIAU diberhentikan kerja sebagai pembantu guru empat tahun lalu sebaik sahaja majikannya mendapat tahu beliau menghidapi penyakit bipolar, sejenis penyakit mental.

Ketika itu, Encik Daren Lauchengco, yang nama Islamnya Ridwan, 43 tahun, memutuskan mendedahkan keadannya yang sebenar.

'Majikan saya secara kebetulan mendapat tahu saya telah ke hospital bagi pemeriksaan rutin, jadi saya berterus terang. Saya menyangka beliau dapat menerima keadaan saya ini.

'Namun, saya dipecat sehari selepas itu. Ia membuat saya sedar masyarakat masih berprasangka buruk terhadap pesakit mental seperti saya. Ini tidak akan mudah lenyap begitu saja,' ujar nya, yang kini bertugas sebagai pensyarah sambilan di sebuah institusi.

Semalam, Encik Lauchengco mengongsi pengalamannya menghidap penyakit bipolar kepada hadirin di Karnival Kesihatan Mental, yang bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang penyakit mental dan menangkis stigma masyarakat.

Beliau turut mempromosikan sebuah buku kanak-kanak yang mengandungi dua cerita.

Sebuah cerita, The Boy Who Hated The Sun (Budak Lelaki Yang Benci Matahari), hasil tulisan beliau berdasarkan pengalamannya sebagai pesakit penyakit bipolar.

Sebuah lagi, The Girl Who Loved The Sun (Budak Perempuan Yang Cinta Matahari), ditulis oleh isterinya, Cik Noriytah Sani, 42 tahun.

'Ia kisah budak lelaki yang sukakan kegelapan - metafora bagi penyakit mental - dan rakannya yang cuba membantunya keluar daripada kegelapan itu. Saya harap buku ini dapat memberi satu kesedaran,' ujar Encik Lauchengco tentang cerita karangannya.

Karnival di lelapang sebelah bangunan SingPost di Paya Lebar itu sempena Hari Kesihatan Mental Isnin depan.

Ia dihadiri sekitar 1,500 orang, termasuk pesakit mental dan kakitangan badan-badan penyakit mental seperti Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH) dan Reben Perak.

Karnival itu anjuran bersama Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai, Jawatankuasa Penuaan Aktif (AAC) Geylang Serai serta Reben Perak dan disokong Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular