Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 4 Oktober 2011

Ritz Apple Strudel & Pastry kini halal

Encik Lee Hoi Siong bersama dua pekerja Melayunya, memutuskan mendapatkan sijil halal agar tidak ketinggalan memanfaatkan kuasa membeli pelanggan Melayu/Islam




SINGAPURA - KAFE menjual pastri, Ritz Apple Strudel & Pastry, sudah memperoleh sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan Melayu/Islam.

Kafe itu yang mempunyai cawangan di Bukit Timah Road, Upper Thomson Road dan dua lagi di North Bridge Road merupakan antara yang pertama memperkenal pastri apple strudel yang popular di Australia.

Kafe itu ditubuhkan pada 2000 dengan pelaburan sebanyak $100,000 selepas pemilik adik-beradik, Encik Lee Hoi Siong, 61 tahun, dan Encik Sunny Lee, 59 tahun, mendapat tunjuk ajar seorang cef pastri dari Australia.

Mereka mendapatkan khidmat nasihat dan runding cara daripada pemilik Al Qiblah International, Ustaz Azmi Abdul Samad, bagi mendapatkan sijil halal sekitar dua bulan lalu.

Semasa ditemui di kafenya yang pertama di Bukit Timah, Encik Lee Hoi Siong berkata idea menjadikan semua kafenya halal sudah lama bermain di fikiran mereka.

Tetapi, keputusan itu ditangguhkan ekoran kurang pemahaman dan proses-proses halal yang agak rumit. Lantas, mereka mendapatkan khidmat Ustaz Azmi untuk menguruskan permohonan sijil halal itu.

Encik Lee menjelaskan apa yang mendorongnya mendapatkan sijil halal ialah kuasa membeli yang semakin meningkat dalam kalangan pelanggan Melayu/Islam.

'Kami ingin menampung keperluan masyarakat Melayu/Islam yang kami perhatikan memiliki kuasa membeli sangat tinggi pada hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular