Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 4 Januari 2012

7 dilantik sertai pasukan siasatan dalaman MRT

Para penumpang MRT menikmati perjalanan lancar dan cepat ke sekolah dan tempat kerja semalam.




SINGAPURA - SMRT telah melantik tujuh individu menganggotai sebuah Pasukan Siasatan Dalaman (IIT) bagi menyiasat dua gangguan yang menjejas perkhidmatan MRT bulan lalu.

Ia diketuai Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja kebangsaan (NTUC) yang juga pengarah bebas SMRT, Encik Ong Ye Kung.

Pasukan itu ditubuhkan bagi membantu SMRT mengetahui punca sebenar gangguan khidmat rel di laluan Utara-Selatan yang menjejas lebih 200,000 penumpang itu.

'Dengan kemahiran pasukan ini, kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi memahami punca gangguan perkhidmatan MRT serta membantu SMRT memperbaiki operasi dan respons kecemasannya. Saya yakin hasil siasatan dan saranan kami dapat membantu Jawatankuasa Siasatan (COI) dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan orang awam,' kata Encik Ong.

Pasukan siasatan yang dibentuk itu akan juga melihat kepada cara memperbaiki struktur pengurusan krisis di samping perkara-perkara seperti kejuruteran, proses pemerolehan, penyenggaraan rutin dan pemeriksaan.

Pasukan itu dianggotai pegawai berpengalaman daripada pelbagai bidang, termasuk kejuruteraan dan keselamatan.

Sepanjang tempoh penyiasatan, IIT akan menemu duga kakitangan yang terlibat dan menggalakkan orang awam yang terjejas agar mengongsi pengalaman mereka serta memberi saranan kepada SMRT supaya SMRT dapat memperbaiki perkhidmatan kecemasannya.

Orang awam boleh menghantarkan komen dan pandangan mereka kepada IIT di MRTInvestigation@smrt.com.sg.

Hasil siasatan akan diserahkan kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan COI yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular