Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 1 Januari 2012

Fahmi Che Mat: 'Saya akui hidup berubah '




KOTA BHARU - PENJAGA gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kehidupannya berubah berbanding sebelum dia bergelar pemain bola sepak negara.

Bagaimanapun, dia yang lebih dikenali sebagai Apek tetap tidak lupa diri walaupun menjadi perhatian ramai kerana matlamat asalnya adalah berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hargai sokongan media dan orang ramai kepada saya selama ini, malah saya tidak boleh lari daripada menjadi perhatian atau pandangan serta tumpuan ramai sejak berkecimpung sebagai pemain bola sepak.

“Sebagai pemain, saya akui hidup berubah, tapi ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk berjaya dalam karier bola sepak," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi, barangan dan logo pasukan The Red Warriors (TRW) 2012 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Khairul Fahmi, dia juga tidak tahu bagaimana orang menilainya, tapi berharap diberi sokongan dalam usahanya untuk mencapai kejayaan.

Malah, dia tetap menghormati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.

"Saya tetap fokus dengan tugas saya sebagai penjaga gol pasukan Kelantan dan kebangsaan dan saya harap mampu meningkatkan lagi pencapaian saya musim depan," katanya.

Bagaimanapun, penjaga gol berasal dari Kampung Cherang, Kota Bharu itu banyak berdiam diri ketika diajukan soalan berkaitan peribadi, sebaliknya senang menjawab pertanyaan mengenai karier bola sepak yang diceburinya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular