Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 10 Januari 2012

Pelukan mama yang hangat dengan kasih

Nurul Izzah




SHAH ALAM - "Dan, saat mendengar satu persatu patah bicara yang keluar daripada mulut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang jelas membebaskan papa dari tuduhan itu, saat itu air mata saya, mama dan adik-adik gugur satu persatu.

"Papa bebas! Syukur tidak terhingga saya panjatkan kepada Ilahi, wajah mama dan adik-adik melintas di mata."

Demikian luahan hati anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dalam temu bual bersama wartawan semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal pertama ini menambah: "Saya cari mereka, saya gapai mereka. Kami bersatu dalam pelukan mama yang hangat dengan kasih.... tidak dapat digambarkan kedamaian dan kesyukuran yang menerjah diri ini."

Menceritakan detik-detik menjelang hari penentian kes liwat dihadapi Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau membisik ayahnya bahawa "akan kupeluk papa, kami sayang papa, ALLAH akan lindungi papa."

"Allah bersama kita Izzah. Apapun, kita akan kembali ke rahmatullah; maka jangan ditangisi kezaliman manusia..." kata-kata Wan Azizah menyusup masuk ke telinga Izzah, mengalir dalam dada dan meresap jauh ke dalam hati. Ia kekal di situ hingga saat ini.

Izzah dan adik-adik bangun seawal 5.45 pagi. Alunan surah Yasin yang mendayu-dayu cukup menggambarkan hiba mereka sekeluarga. Selepas solat Subuh mereka kemudiannya menjamah sedikit sarapan sekadar mengalas perut. Seperti biasa papa (panggilan untuk Anwar) tetap dengan makanan kesihatannya. Mama (panggilan untuk Wan Azizah) menjadi pemerhati setia. Ketika itu Izzah saling bertatap pandang wajah-wajah di sekelilingnya. Papa, mama dan adik-adik. Semuanya berhimpun. Merenung dalam kesayuan, jauh di sudut hati mereka tidak mahu berharap, walaupun tidak putus mendoakan kebebasan untuk si ayah.

"Saya tadah tangan, syukur atas kasih sayang berpanjangan dan jitu antara kami sekeluarga. Kami jarang dapat kumpul bersama seperti yang terjadi malam itu. Suasana sungguh memilukan, namun ia juga damai dan membahagiakan. Indah seketika dapat bersama seluruh insan kesayangan di saat kami diuji sebegitu rupa," luah Izzah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular