Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

SAJIAN BERITA MENARIK NEGARA MALAYSIA - INDONESIA - SINGAPURA - BRUNEI ...UPDATE 3 KALI SEHARI.



Khamis, 19 Januari 2012

Pe­ngalaman sedih: Ayah Lihat Puterinya Diperkosa



PORT DICKSON – Seorang ayah bersama dua anaknya lelakinya melalui pe­ngalaman sedih apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol di sebuah rumah kosong di taman perumahan di sini, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam 8.30 malam.

Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan.

“Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.

Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.

“Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.

“Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Jom klik khas untuk kalian..

Pengikut

Test for your internet speed

1MALAYSIA

1MALAYSIA
1 Semangat

Ads

ADV

Ads

Catatan Popular

FREE WEBSITE - GRATIS !!

Tukaran Mata Wang [ Currency exchange ]


Tukaran mata wang
 terkini:


Unit

Daripada

Kepada