Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 10 Januari 2012

Penyamar Amalina tutup akaun Facebook

AMALINA.





SHAH ALAM - "Jika fitnah mengaibkan Amalina dihentikan, saya akan batalkan niat untuk menyaman pihak yang terlibat."

Demikian kata ibu Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2004, yang kini boleh menarik nafas lega setelah pihak yang menyebar kritikan terhadap anaknya memberikan kerjasama baik dengan menutup akaun-akaun Facebook palsu dan menghentikan penyebaran gambar serta fitnah di laman-laman blog.

Katanya, Amalina juga sudah tidak tertekan lagi dengan tindakan pihak-pihak yang cuba mengaibkan maruahnya.

"Jika fitnah mengaibkan Amalina terus dihentikan, saya tidak akan mengambil tindakan saman... setakat ini tidak terlalu melampau macam dulu, setelah saya dan Amalina menjelaskan keadaan sebenar bagi membuka mata ramai pihak.

"Saya bersyukur kerana Amalina tidak melatah dan bersikap profesional dalam menangani isu difitnah terhadap dirinya. Malah saya juga berterima kasih kepada pihak berpendidikan di Malaysia dan di sana (UK) yang memberikan sokongan moral kepada dia," katanya.

Sabariah berkata, walaupun jauh tetapi beliau dapat merasakan anaknya seperti di depan mata kerana hampir setiap pergerakkan dan aktiviti Amalina akan diberitahu kepadanya dari semasa ke semasa.

"Saya yakin Amalina seorang yang sangat berdikari dan berdisiplin, jika dia mahu melancong atau melakukan sebarang aktiviti, dia akan beritahu saya, malahan penggunaan kad kredit dia pun saya tahu," katanya ketika dihubungi wartawan.

Sebelum ini, kecoh apabila dia didakwa mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan “legging” dan bergambar dengan seorang lelaki tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular