Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 1 Januari 2012

S'pura yakin walau ekonomi dijangka sukar 2012




SINGAPURA - SINGAPURA dijangka menghadapi keadaan lebih mencabar dalam tahun 2012 ini.

Pertumbuhan ekonomi diramalkan hanya sekitar 1 hingga 3 peratus, berbanding dengan 4.8 peratus dalam 2011, sedang keadaan tidak menentu berterusan di Eropah.

Namun, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, Singapura perlu yakin dengan kedudukannya, jelas mengenai keutamaannya dan terus berusaha membina kehidupan yang lebih baik.

Dalam amanat Tahun Barunya, Encik Lee berkata, pemerintah sedang bekerja keras untuk menangani cabaran-cabaran terdekat yang dihadapi negara ini.

'Pemerintah komited untuk memastikan rumah termampu dimiliki oleh semua warga Singapura...

'Kami akan menggandakan usaha memperbaiki sistem pengangkutan awam dan meluaskan jaringan kereta api serta bas...

'Bagaimanapun, pembaikian ini mengambil masa. Jadi, diharap anda dapat bersabar bersama kami,' ujar beliau.

Lebih 25,000 flat BTO (Bina Mengikut Tempahan) telah dilancarkan tahun lalu dan lagi 25,000 flat BTO akan dilancarkan tahun ini (2012).

Langkah Pemerintah memperkenalkan cukai setem pembeli tambahan (ABSD), kata Encik Lee, akan menyederhanakan aliran tunai dan permintaan, dan membantu memantapkan harga hartanah privet.

Selain keprihatinan jangka pendek ini, Perdana Menteri berkata, pemerintah juga sedang memberi perhatian kepada isu-isu jangka panjang yang menjejas kehidupan warga Singapura.

Ini termasuk memastikan kos penjagaan kesihatan yang termampu oleh semua warga, meningkatkan mutu pendidikan untuk memberi warga muda Singapura permulaan yang terbaik dan memastikan pertumbuhan yang dapat dinikmati semua orang.

'Isu penduduk merupakan cabaran yang rumit dan kritikal. Seperti kebanyakan negara maju lain, warga Singapura melahirkan anak yang terlalu sedikit dan penduduk kita semakin tua.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular