Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 5 Julai 2012

Demonstrasi sebat di Brunei sebagai pengajaran.



SERIA - Seramai 200 murid Tahun 4 hingga 6 Sekolah Rendah Panaga hari ini menyaksikan sendiri demonstrasi hukuman sebat ke atas pesalah jenayah dalam Taklimat dan Demonstrasi Jabatan Penjara.

Taklimat dan demonstrasi itu diadakan antara lain bertujuan untuk menerangkan kepada murid-murid mengenai hukuman-hukuman yang dijalankan ke atas pelbagai jenayah yang dilakukan, sebagai pengajaran kepada mereka tentang setiap tindakan dan akibatnya.

Taklimat bertajuk "Institusi Terakhir Dalam Perlaksanaan Sistem Keadilan Jenayah" disampaikan oleh Pegawai Penjara Awang Zulhilmi bin Haji Bakri.

Taklimat juga turut menerangkan tentang definisi penjara dan jenis hukuman yang dijalankan, kemudiannya taklimat berakhir dengan demonstrasi sebatan.

Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti sekolah tersebut ke arah memberikan kefahaman dan pengetahuan tentang pembelajaran di luar daripada sekolah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular