Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 5 Julai 2012

Lelaki setubuhi 6 wanita dihukum




SINGAPURA - SEORANG bekas pemandu kren menara, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 16 sebatan setelah mengaku salah atas tuduhan mencabul enam wanita dengan menyamar sebagai jururawat terlatih atau pengamal perubatan profesional.

Mahkamah diberitahu semalam bahawa Mohamed Rizuan Rahim, 29 tahun, mencabul kehornatan enam mangsanya kononnya bertujuan melakukan pemeriksaan perubatan ke atas mereka.

'Pemeriksaan' itu dijalankan setelah kesemua mangsa memberikan respons kepada iklan dalam talian yang disiarkannya.

Mohamed Rizuan mengiklankan khidmat perubatannya secara percuma di pengiklanan klassified di bawah skim gerbang 'pembeli-belah misteri' dan 'peserta-peserta perubatan'.

Skim tersebut merupakan sebahagian daripada komplot yang direkanya sendiri.

Ini bagi membolehkannya merancang menemui wanita dan melakukan persetubuhan secara rambang dengan mereka.

Melalui skim 'peserta-peserta perubatan', Mohamed Rizuan akan memberikan taklimat kepada wanita-wanita tersebut mengenai penyakit barah.

Setelah menghadiri taklimat, para peserta perlu menjalani pemeriksaan perubatan.

Wanita yang berminat pula perlu mengutus e-mel kepadanya dengan dua alamat e-mel.

Dia akan menyemak e-mel yang diterimanya dan hanya membalas kepada wanita yang diminatinya sahaja.

Mahkamah diberitahu bahawa dia akan menolak e-mel daripada lelaki dan wanita tua.

Mohamed Rizuan juga memperkenalkan dirinya sebagai seorang wanita kerana mangsa wanitanya lebih mempercayai koresponden wanita dan urus niaganya dilihat lebih sahih.

Dia mencabul kesemua mangsanya, yang merupakan para pelajar berusia antara 13 dengan 25 tahun, di tangga dan hotel di Geylang antara November 2010 dengan Jun tahun lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular