Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 6 Julai 2012

Ibu insaf dan kesal belasah anak

Ika melihat gambar anaknya ketika ditemu ramah wartawan.



KUALA LUMPUR - “Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak.

“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.

Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.

“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular