Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 6 Julai 2012

Laluan Jelutong/Jambatan Pulau Pinang ditutup 11 Julai




KUALA LUMPUR - Lalu lintas dari kedua-dua arah Jelutong/Jambatan Pulau Pinang menghala ke Bayan Lepas dan laluan dari Bayan Lepas menghala ke Jelutong/Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara pada 11 Julai.

Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) di sini hari ini, penutupan sementara itu bermula pukul 11 malam Rabu hingga 5 pagi Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh rasuk jejantas lama di ruang pejalan kaki di Batu Uban oleh IJM Land Bhd.

Laluan di kedua-dua arah akan dilencongkan melalui Jalan Sungai Nibong dan memasuki jalan raya Sungai Nibong-Bayan Lepas.

Plus menasihat orang ramai agar mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan bagi memastikan pengurusan lalu lintas di situ lancar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular