Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 6 Julai 2012

Isteri lari: sempat seminggu melayari bahtera



JEMPOL - Inai masih di jari, tetapi isteri sudah melarikan diri. Itulah keadaan yang perlu ditanggung seorang lelaki yang mendakwa hanya sempat seminggu melayari bahtera rumah tangga sebelum isteri yang dinikahi 15 Jun lalu menghilangkan diri.

Peneroka Felda Serting Hilir, Mohd Isa Mohd Said, 51, buntu memikirkan kehilangan isterinya, Siti Azlina Sulaiman, 31, selepas menghantar wanita itu pulang ke rumah keluarga di Krubung, Melaka, 21 Jun lalu.

“Ketika menghantar isteri, ibu mentua, Maimon, 60-an turut serta dan saya tidak melihat sebarang perubahan pelik atau tanda dia mahu meninggalkan saya.

“Namun, sebaik pulang ke rumah selepas menghantar mereka ke Krubung, saya menghantar SMS kepada isteri, namun tiada balasan menyebabkan saya pelik.

“Saya cuba menghubunginya serta menghantar beberapa SMS lagi, namun masih tiada sebarang reaksi menyebabkan saya bimbangkan keselamatannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular