Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 4 Julai 2012

Masjid Kg Holland henti operasi 2014


MASJID KAMPONG HOLLAND: Terpaksa beri laluan kepada Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers).




SINGAPURA - MASJID Kampong Holland (MKH) di Holland Village akan berhenti beroperasi mulai 2014 selepas tempoh pajakan tapak masjid tersebut berakhir pada akhir tahun depan.

Namun, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata Masjid Mujahidin di Queenstown yang berdekatan pula akan dipertingkatkan untuk menampung lebih ramai jemaah MKH.

MKH di 39 Lorong Liput, yang boleh menampung seramai 300 jemaah, telah berada di bawah skim Lesen Penggunaan Sementara (TOL) sejak 1991, menurut satu kenyataan Muis semalam.

Di bawah skim ini, tempoh pajakan masjid perlu diperbaharui setiap tahun tetapi ia tidak akan diperbaharui jika ada rancangan pembangunan di kawasan itu yang akan menjejas tapak masjid.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah memaklumkan Muis bahawa lanjutan terakhir TOL MKH adalah sehingga 31 Disember 2013.

Ini kerana tapak masjid itu dan bidang-bidang tanah bersebelahannya perlu memberi laluan kepada Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers).

Muis dan Lembaga Pentadbir MKH telah meninjau beberapa langkah untuk terus memenuhi keperluan agama penduduk Islam di Holland Village dan Buona Vista, khususnya warga tua.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular