Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 4 Julai 2012

TPM: Lestarikan budaya Mandailing

Tarian Tor Tor yang disalah tafsir




JAKARTA - Untuk ke sekian kalinya, kerajaan mengambil inisiatif menjelaskan kepada pemerintah Indonesia bahawa Malaysia tidak pernah berniat menuntut budaya masyarakat Mandailing.

Pada masa sama, Malaysia menegaskan kepada Indonesia bahawa pendaftaran budaya masyarakat Mandailing di Malaysia di bawah Akta Warisan Kebangsaan bertujuan melestarikan budaya itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penjelasan itu dibuat beliau kepada Naib Presiden Indonesia, Boediono pada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di sini hari ini.

Muhyiddin dan Boediono yang turut berbincang mengenai hubungan kerjasama dan isu-isu dua hala turut memberitahu pemimpin nombor dua Indonesia itu bahawa proses pendaftaran itu masih belum selesai.

Sehubungan itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa Malaysia akan mengambil kira segala pandangan Indonesia termasuk menyebut asal-usul budaya itu dalam pendaftaran itu.

"Dengan mendaftarkan budaya itu di bawah akta warisan, dalam jangka panjang ia akan memberi faedah kepada Indonesia kerana jika tidak dipelihara dan dipulihara, ia akan hilang ditelan zaman. Malaysia juga tidak berhasrat untuk membawa isu ini ke UNESCO," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di sini hari ini.

Penjelasan itu dibuat Muhyiddin sebagai reaksi kepada kontroversi berikutan cadangan Malaysia untuk mendaftar dua budaya masyarakat Mandailing, tarian Tor Tor dan paluan Gordang Sambilan.

Ekoran cadangan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu, pelbagai pihak di Indonesia mengemukakan bantahan.

Bantahan-bantahan itu dibuat akibat salah faham dengan mendakwa Malaysia mahu menuntut Tor Tor dan Gordang Sambilan sebagai hak milik negara.

Lebih malang lagi, media-media tempatan mensensasikan kontroversi itu sehingga menyebabkan berlaku beberapa siri demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di sini.



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular