Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 12 Julai 2012

Zunar jawab isu tolak anugerah



SHAH ALAM –  Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar UlHaque menjelaskan penolakan anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada program Anda, PM & Kartunis di Pasar Seni, 24 Jun lalu, dilakukan atas dasar prinsip.

Menurutnya, beliau tidak pernah berhasrat untuk mengkritik karya atau pendirian sesama kartunis kerana tindakan itu adalah tidak wajar, namun setelah isu penolakan ini dibangkitkan, beliau perlu memberi penjelasan.

“Memang saya menolak anugerah ini, tetapi saya tidak keliru, malah penolakan ini atas soal prinsip berdasarkan beberapa fakta yang saya rasa saya perlu pertahankan.

“Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang ini, saya dilayan secara tidak adil disebabkan perbezaan fahaman politik saya dan karya saya dilihat berat sebelah,” katanya semalam.

Sebelum ini, Penaung Konsortium Cartoonist At Work (CAW) Datuk Sohaimi Shahadan mendakwa tindakan Zunar menolak anugerah disampaikan Perdana Menteri itu menggambarkan sikapnya yang sentiasa berpolitik dalam setiap perbuatan.

Sohaimi mendakwa, Zunar cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang bebas berkarya, namun keliru sama ada karyanya benar-benar realistik atau berunsur tohmahan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular