Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 12 Ogos 2012

Bercumbu lepas buka puasa


Pasangan pelajar IPTS (duduk) ditahan kerana bercumbu-cumbuan di tempat awam.




PETALING JAYA - Empat pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh ditahan anggota Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di beberapa lokasi di sekitar Damansara Damai awal pagi, semalam.

Dua pasangan masing-masing berusia 19 tahun yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup ketika sedang bercumbuan di belakang sebuah rumah kedai.

Manakala dua lagi pasangan ditahan di sebuah kawasan gelap di Damansara Prima dekat sini.

Ketika disoal siasat, pasangan pelajar itu mendakwa sedang bercuti dan mengaku sudah menyewa bilik hotel untuk bermalam bersama manakala dua pasang lagi memberi alasan baru pulang selepas berbuka puasa.

Ketua operasi, Adnan Mohd Zin berkata, operasi kali kedua sepanjang Ramadan itu dilakukan bagi membanteras kegiatan maksiat di perumahan itu.

Difahamkan, seramai 30 anggota terlibat dalam operasi cegah maksiat melibatkan kawasan  di sekitar hotel bajet.

Kesemua yang ditahan dibawa ke masjid menaiki van jenayah sebelum diberi tazkirah dan nasihat oleh Imam Masjid Al-Muhtadin, Ustaz Fadil Mohd Nor manakala keluarga pasangan turut dihubungi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular