Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 1 Ogos 2012

Dr Sheikh Muszaphar bakal timang anak kedua






SHAH ALAM –  Isteri angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos sedang mengandung cahaya mata kedua pasangan tersebut.

Berita gembira itu disahkan sendiri Dr. Halina menerusi blognya, Barely Super Mommy, semalam.

Dr Halina turut berkongsi gambar imbas kandungan yang baru mencecah usia tiga bulan di blognya.

Dalam entrinya beliau antara lain berkata: “I pray for a healthy baby, safe pregnancy and secretly wishing for a boy” ( saya berdoa mendapat bayi yang sihat, proses kelahiran berjalan lancar dan berharap mendapat bayi lelaki  kali ini).”

Dr Halina, seorang pakar anestesia di Hospital Selayang mendirikan rumah tangga dengan angkasawan negara pada 10 Oktober 2010 bersempena tarikh Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007, yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan doktor itu sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sophea Isabella.

Bayi seberat 3.6 kilogram dilahirkan pada 21 Julai tahun lepas melalui kaedah bersalin dalam air di Hospital Pantai Bangsar.

Pasangan sama cantik sama padan ini mula berkenalan ketika Dr Halina menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan suaminya pada ketika itu adalah pensyarahnya.

Perkahwinan mereka sebelum ini turut digelar Wedding of the Year 2010.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular