Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Ogos 2012

Monorel terkandas

Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield petang ini.



KUALA LUMPUR - “Kami bagaikan berada dalam ketuhar dan sukar bernafas,” kata Mohd Muhaimi Azraie, 15, menceritakan detik cemas dia dan 182 penumpang terperangkap lebih sejam dalam gerabak KL Monorel yang terkandas berhampiran Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiga penumpang termasuk seorang wanita hamil berusia lewat 30-an tercedera dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk rawatan susulan kerana sesak nafas serta terkena serpihan kaca.

Menceritakan pengalamannya, Muhaimi berkata, gerabak itu yang dalam perjalanan dari KL Sentral ke pusat bandar raya tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.

Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monorel di Brickfield petang ini. “Ada beberapa penumpang menjerit apabila monorel terhenti tiba-tiba dan saya dapat rasakan gerabak itu senget.

“Pada masa itu, saya lihat pemandu monorel itu sibuk memeriksa kerosakan, tapi selepas lebih 20 minit, dia masih gagal membaikinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila ada penumpang menangis dan mengalami sesak nafas malah ada yang pengsan.

“Kami bernasib baik apabila anggota bomba dan penyelamat datang membantu mengeluarkan kami,” katanya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel.

Berikutan itu, katanya, sepasukan 47 anggota bomba bersama enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Tindakan pertama kami ialah menghantar anggota ke atas untuk memecahkan tingkap gerabak bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan kepanasan.

“Seterusnya, kami menggunakan tangga cakera putar (TTL) untuk menurunkan mangsa dari landasan pada ketinggian kira-kira 25 meter.

“Operasi ini sebagai berjaya kerana tidak mengalami sebarang kesukaran, malah pihak pengurusan monorel turut memberi kerjasama,” katanya.

Katanya, seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular