Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 11 Mac 2014

Hina Sultan: Karpal didenda RM4,000





KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengenakan hukuman denda RM4,000 terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh selepas didapati bersalah melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas selesai mendengar rayuan terhadap keputusan yang dikemukakan oleh peguam Gobind Singh Deo berhubung kesihatan bapanya.

Hakim Azman dalam keputusannya berkata mahkamah mengambil kira keadaan kesihatan Karpal yang mengalami kecederaan tulang belakang kekal sebelum menjatuhkan hukuman.

Karpal, 74, menghadapi tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, di antara jam 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, pada 6 Februari 2009.

Dia dituduh mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Karpal bersalah atas pertuduhan selepas mendapati dia gagal menimbulkan sebarang keraguan dalam pembelaannya.

Mahkamah, bagaimanapun menetapkan semalam untuk menjatuhkan hukuman dan mendengar mitigasi selepas membenarkan permohonan peguam bela, Gobind Singh Deo, yang meminta hukuman ditetapkan pada tarikh lain kerana ayahnya tidak sihat.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012, memerintahkan Pengerusi DAP itu membela diri atas tuduhan berkenaan. (Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular