Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 12 Mac 2014

MH370: 'Ucapan terakhir' Kapten Zaharie

SUBANG - “Good Day,” itulah ucapan terakhir diberikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang, sebelum pesawat yang dipandunya MH370 hilang daripada radar.

Penolong Pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu berkata, beliau merupakan penyelia bertugas pada malam kejadian dan menegaskan di awal penerbangan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku.

“Selepas pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.40 awal pagi Sabtu, di awal 40 minit pertama semuanya berjalan lancar.

“Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pangkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian,” katanya kepada Sinar Harian di NATCC, semalam.

Siti Sarah berkata, sepanjang 18 tahun beliau berkhidmat itulah kali pertama keadaan terputus hubungan itu berlaku.

“Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Zaharie), beliau memberi respons yang baik.

“Okey roger, Good Day (sekian terima kasih), itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari,” katanya.

Menurut beliau, petugas di NATCC dilatih untuk fokus semasa menjalankan tugas, jadi tidak timbul ada kecuaian berlaku di pusat kawalan itu.

“Ini bukan tugas main-main, kami memegang nyawa sehingga 800 orang dalam satu masa, tak kan lah nak buat sambil lewa.

“Kita diarah untuk fokus dan memastikan keadaan di laluan udara itu selamat dilalui oleh pesawat yang memasuki zon kita,” katanya.

Kata-kata terakhir ini merupakan petunjuk jelas bahawa sebelum juruterbang pesawat MH370 bertukar kawalan dari Subang ke Ho Chi Minh, keadaan beliau adalah baik.

Zaharie dilihat masih lagi dalam keadaan tenang dan tidak berhadapan dengan tekanan dari sesiapa dalam pesawat tersebut.

Pendedahan suara terakhir juruterbang MH370 ini juga membuktikan bahawa tiada sebarang kerosakan teknikal dalam pesawat ataupun sebagainya.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang daripada radar kira-kira jam 1.30 pagi .

Sementara di Sepang, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan operasi mencari dan menyelamat tidak akan dihentikan selagi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu tidak ditemui.

Katanya, operasi kini diperluaskan lagi meliputi lebih 100 batu nautika di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular