Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 24 Mac 2014

MH 370: TAKZIAH KEPADA KELUARGA YANG MENAIKI MH 370


WARIS penumpang MH370 tidak dapat mengawal perasaan sebaik berita diumumkan di Hotel Lido, Beijing.

KUALA LUMPUR - Selepas 17 hari kehilangan MH370, akhirnya malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi.

Berikut adalah pengumuman yang dibuat beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan wajah dan suara sayu.

“PETANG tadi (semalam), saya diberikan penerangan oleh wakil daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang memaklumkan bahawa INMARSAT iaitu syarikat di United Kingdom yang menyediakan data satelit termasuk di Koridor Selatan dan Utara sudah melakukan kiraan lanjut mengenai data berkenaan.

Menerusi pelbagai analisis yang belum digunakan dalam siasatan sebelum ini, pihak itu mendapat petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis terbaru, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan itu adalah lokasi terakhir di tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular