Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 28 Mac 2014

KES DI SWEDEN: Ibubapa WN Malaysia dihukum penjara..





STOCKHOLM - Mahkamah di Sweden mendapati pasangan Malaysia yang dituduh kerana memukul anak mereka dengan kayu dan penyangkut baju sebagai bersalah serta dipenjara atas kerana `keganasan berulang'.

Hukuman ke atas pasangan berkenaan yang ditahan reman sejak Disember lalu dibacakan di mahkamah daerah di Solna, Stockholm.

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Shalwati Nurshal, dihukum penjara 14 bulan manakala 10 bulan buat bapa mereka, Azizul Raheem Awalludin.

“Walaupun keganasan ke atas kenak-kanak berkenaan didapati tidak mudarat, kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah mengikut tahap serius perbuatan mereka, termasuk perlakuan berulang,” kata Hakim Mattias Möller

Mahkamah mendapati Shalwati melakukan perbuatan yang melanggar integriti anak perempuan dan anak lelaki selain serangan terhadap dua anak lelaki lain.


Azizul turut dihukum kerana melanggar keganasan yang melanggar integriti anak lelaki dan serangan terhadap anak perempuan dan anak lelaki keduanya.

Bagaimanapun, Azizul terlepas daripada sabitan ke atas anak lelaki bongsunya. Kedua-dua pasangan itu juga diarah untuk membayar ganti rugi ke atas kesemua anak mereka.

Mahkamah turut mendedahkan perbuatan pasangan berkenaan menggunakan tangan. Selain itu, rotan dan penyangkut baju turut digunakan.

Kenyataan yang dikeluarkan mahkamah daerah Solna turut menyatakan bahawa pasangan itu menetap di Sweden sejak 2010.

Mahkamah itu menjelaskan bahawa hukuman berkenaan hanya untuk perlakuan jenayah yang dilakukan di Sweden. Kesemua empat anak pasangan berkenaan mengemukakan bukti dan mengakui secara lisan berlakunya keganasan berulang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular