Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 6 Mac 2014

Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong !!


ANTARA pil rangsangan seks yang mudah dibeli di Betong dengan harga serendah RM3.

BETONG - “Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual,” kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pemilik kedai ubat dikenali sebagai ‘Bhicai’ yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji.

“Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.

“Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati ‘lama’. Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia. Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur,” katanya.(Metro).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular