Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Mac 2014

MH370: Anak Kapten Zaharie Marah,Sangkal laporan Daily Mail


KUALA LUMPUR - “Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.

Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.

Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.

 Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.

Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.

Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.

Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.

Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.

Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular