Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 12 Mac 2014

Remaja perempuan 14 tahun, diperkosa sejak berusia 4 tahun


IPOH - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berhadapan detik hitam kerana menjadi mangsa bapanya melampiaskan nafsu sejak berusia empat tahun.

Anak sulung daripada tiga adik beradik itu bagaimanapun bertindak membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan laporan polis dibuat, mangsa mendakwa  dirogol bapanya yang juga penagih dadah dari tahun 2004 sehingga 2007.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 4 hingga 7 tahun di sebuah rumah di Taman Ipoh Jaya, di sini.

“Apabila keluarga terbabit berpindah ke Buntong, mangsa mendakwa suspek sering memujuknya melakukan hubungan seks tetapi tidak dipersetujui.

“Selain itu, mangsa turut mendakwa suspek juga sering mengajaknya menonton video lucah di televisyen atau telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Beliau berkata, terbaharu pada Ahad lalu, ketika mangsa bersama ibunya di dalam bilik, suspek tiba-tiba bertindak memeluk mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa sempat menjerit dan akhirnya suspek melepaskan pelukan tersebut,” katanya.

Chang Keong berkata, suspek  ditangkap pada hari kejadian dan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular