Batas negara Indonesia dan Malaysia di Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Timur, hanya berupa patok sederhana dan di atasnya terdapat plang nama jalan. Di sebelah kiri plang nama jalan tersebut merupakan wilayah Indonesia, sedangkan di sebelah kanannya merupakan wilayah Malaysia. Batas negara tersebut persis memotong rumah penduduk.
Kerajaan Malaysia hari ini didesak supaya mengambil tindakan segara menarik balik semua kemudahan yang diperolehi oleh warga Indonesia Di Kalimantan Timur di kawasan Sempadan Malaysia ( Sarawak).
" Tindakan itu sebagai tanda protes rakyat Malaysia yang prihatin dengan suasana masakini yang membabitkan maruah negara di calar oleh segelintir warga Indonesia", kata pemerhati dikalangan rakyat prihatin Malaysia hari ini.
Kemudahan dari Malaysia yang diperolehi secara mudah oleh warga Indonesia di kawasan terbabit adalah, Bekalan eletrik, air bersih, gas memasak (LPG) serta bahan-bahan makanan yang telah mereka dinikmati sejak berberapa tahun lalu.
" Tindakan kita bukan berniat untuk membalas dendam, kita cuma nak menunjukan bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai maruah yang harus dipertahankan.." jelas pemerhati itu.
Bebarapa hari lalu, sekumpulan warga Indonesia mendatangi pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta lalu menyimbah kotoran najis dibangunan berkenaan dan berapa orang lagi membakar serta memijak bendera Malaysia, ini jelas mereka mempamerkan sikap " Kurang Ajar " dungu dan bahlul.
Sementara berapa insiden kecil juga turut berlaku dimana seorang jurutera perladangan kelapa sawit diarah keluar meninggalkan negara itu serta menggangu operasi Bank CIMB milik usaha sama Malaysia-Indonesia.
" Sudah tiba masanya dan sewajarlah kita bangkit membuktikan kita mempunyai maruah yang harus dihargai...bukan boleh diherdik sesuka hati" tegasnya.