Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Ogos 2010

Kaunter Jabatan Imigresen ditutup sempena Aidilfitri

( Foto hiasan )


KUALA LUMPUR: Kaunter cawangan Jabatan Imigresen di seluruh negara akan ditutup selama tiga hari mulai 10 September ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata semua kaunter cawangan itu juga tidak akan beroperasi pada Sabtu dan Ahad ini (4 dan 5 September), serta pada 18 September dan 19 September bagi Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Labuan, Sarawak dan Sabah.
Bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, kaunter Imigresen akan ditutup pada Jumaat dan Sabtu ini, serta pada 17 September dan 18 September depan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan diminta menghubungi Bilik Gerakan, ibu pejabat Imigresen di Putrajaya di talian 03-8880 1555 atau 03-8880 1556. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular