Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Ogos 2010

Kes pertama berjaya didakwa bawah Akta Pemerdagangan Orang: Imigresen

( Foto hiasan )



PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen buat pertama kalinya berjaya mensabitkan kesalahan di bawah Akta Pemerdagangan Orang apabila seorang lelaki bersama tiga anaknya dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memperdagangkan 12 warga Myanmar.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata lelaki berkenaan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta Permerdagangan Orang selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Baharu, Kelantan, semalam.

"Dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya pula dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara di bawah seksyen dan akta yang sama. Mereka didapati bersalah memperdagangkan tujuh lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak," katanya di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata, dengan kejayaan itu, beliau berharap selepas ini lebih banyak kes akan dapat dibawa ke mahkamah di bawah akta tersebut. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular