Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tentera kini kerjaya pilihan rakyat Malaysia



SIBU: Tentera kini dianggap satu kerjaya pilihan di kalangan rakyat Malaysia, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin.

Ini terbukti dengan sambutan menggalakkan daripada program pengambilan anggota tentera di seluruh negara, katanya.

"Banyak pemohon jika tidak berjaya dalam usaha pertama tidak akan teragak-agak untuk mencuba buat kali kedua dan ketiga di tempat lain.

"Bahkan ramai bekas tentera di kalangan ibu bapa kini menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai angkatan tentera," katanya pada majlis berbuka puasa dengan para pegawai dan kakitangan Rejimen Renjer Diraja Ketiga di Kem Ulu Oya dan Sembilan Briged di kem RASCOM dekat sini malam tadi.

Sebelum itu, Zulkifeli, merasmikan masjid Al-Hidayat berharga RM1.2 juta di kem itu.

Katanya perkembangan itu disebabkan usaha yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pertahanan.

"Beliau memperkenalkan skim gaji yang lebih baik, faedah dan beberapa keistimewaan yang lain.
"Kini kerjaya itu menawarkan masa depan yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata masih terdapat tiga perkara mengenai kakitangan tentera yang menjadi kebimbangan kepimpinan angkatan tentera.

"Pertama ialah kadar kemalangan jalan raya membabitkan kakitangan kita yang semakin meningkat berbanding tahun lalu.

"Saya mahu orang-orang kita supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya terutama untuk balik berhari raya di kampung dan semasa menjalankan tugas pada waktu-waktu yang lain," katanya.

Beliau berkata dua lagi perkara ialah pembabitan dalam penyalahgunaan dadah dan tabiat boros berbelanja sehingga hanya membawa balik RM300 bagi gaji bersih setiap bulan. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular