Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 16 Oktober 2011

Cucu Yusof Ishak ingin ikut jejaknya

Meskipun Cik Fatimah Imran Yusof Ishak (kiri) pernah berdepan dengan cabaran dalam hidupnya, beliau tetap tidak berputus asa dan sentiasa disokong keluarganya, khususnya 'Mak Tok'nya, Puan Noor Aishah (kanan), balu Allahyarham Presiden Yusof Ishak.


SINGAPURA - BELIAU bercita-cita untuk berkecimpung dalam bidang kewartawanan seperti arwah datuknya, Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak.

Presiden Yusof Ishak merupakan pengasas, wartawan dan editor akhbar Utusan Melayu sebelum dilantik menjadi Presiden.

Kini, Cik Fatimah Imran Yusof Ishak, 33 tahun, selangkah lebih dekat untuk mencapai cita-cita menurut jejak langkah datuknya itu.

Beliau meraih ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Liberal dengan penumpuan kepada Komunikasi Massa) daripada Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS)-Universiti Oklahoma City (OCU), semalam.

Beliau merupakan antara lebih 100 mahasiswa yang menerima ijazah mereka dalam majlis konvokesyen MDIS-OCU di Hotel Ritz-Carlton Millenia.

Tetamu terhormat di majlis itu ialah Pengerusi Senat MDIS, Encik Ahmad Mohamed Magad.

Cucu sulung presiden pertama Singapura itu berkata, minatnya dalam kewartawanan berputik sejak kecil lagi.

'Ke mana saja saya pergi, saya akan membawa buku nota dan mencatat segala yang saya lihat,' ujarnya.

Namun, perjalanan Cik Fatimah meraih segulung ijazah tidak sunyi daripada cabaran.

Beliau berkata, orang selalu meletakkan harapan yang tinggi ke atas dirinya dan empat orang adik-beradiknya yang lain.

'Mereka selalu ingin tahu apa saya buat, saya kerja di mana dan hanya menunggu kesilapan saya,' jelasnya.

'Susah untuk menjadi orang biasa, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Singapura yang kecil ini.'

Tambahnya, beliau juga dibesarkan dalam keluarga yang tegas dan beliau tidak ada ruang untuk berkawan dan pernah memberontak.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular