Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 24 Januari 2012

1,500 sertai kaunseling bagi bekas ahli JI




SINGAPURA - KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) telah menjalankan lebih 1,500 sesi kaunseling bagi bekas ahli Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Proses kaunseling (menasihat dan menunjuk ajar) itu merangkumi keluarga tahanan dan bekas tahanan yang diletakkan di bawah Perintah Sekatan (RO).

Menurut RRG kumpulan itu juga giat mendampingi masyarakat di masjid dan madrasah setempat bagi meningkat kesedaran mengenai usaha membanteras keganasan.

Ini didedahkan RRG dalam satu majlis jamuan tengah hari di Masjid Khadijah baru-baru ini. Selain anggota RRG, turut hadir ialah beberapa pengarah dan pegawai kanan Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

Mengulas cabaran yang dihadapi, Pengerusi Bersama RRG Ustaz Hj Ali Hj Mohamed, berkata: 'Jelas sekali kami ingin beri tumpuan untuk melaksanakan program dan usaha yang lebih baik dan lebih sempurna.

'Dulu sewaktu RRG ditubuhkan ada sebahagian masyarakat yang mempunyai fahaman yang salah mengenai usaha RRG. Kini kami dapati penerimaan masyarakat lebih positif,' kata Ustaz Hj Ali.

Dari segi penerimaan, jumlah anggota yang menyertai RRG itu juga meningkat.

Bermula dengan 11 anggota sejak ditubuhkan pada 2003, kumpulan sukarelawan itu kini mempunyai 39 anggota.

RRG dibentuk secara rasmi pada 2003 sebagai satu sumber pakar bagi mengekang sebaran ajaran salam agama Islam.

Dua tahun sebelum itu beberapa anggota awalnya memberi kauseling kepada tahanan anggota JI yang ditangkap pada 2001 dan 2002.

Memandangkan ideologi pengganasan yang bertopengkan Islam masih berterusan, terutama sebarannya lewat internet, RRG amat tercabar dampingi golongan pemuda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular