Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 24 Januari 2012

Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan di Brunei

Foto hiasan.





SERIA - Mangsa kemalangan yang meninggal dunia dalam nahas membabitkan enam buah kereta di kawasan Jalan Lumut Bypass kira-kira jam 7.00 malam tadi dikenal pasti sebagai seorang penuntut lelaki warga Malaysia.

Mangsa merupakan penumpang kereta jenis SUV yang mengalami kerosakan teruk sehingga terkoyak bahagian depan dan belakang serta enjinnya pecah dipercayai akibat terlanggar jambatan batu di kawasan jalan.

Menurut polis, mangsa juga adalah salah seorang daripada empat orang penumpang di dalam kereta tersebut. Kereta yang dinaiki mangsa dikatakan terbabas kira-kira 15 meter dari lima buah kereta lain yang turut terbabit dalam perlanggaran itu dan berhimpit antara satu sama lain di tempat kejadian.

Sementara itu tiga penumpang lain dalam kereta tersebut termasuk pemandunya dilaporkan mengalami cedera dan masih menerima rawatan di hospital.

Ekoran kejadian itu keseluruhan kawasan Jalan Bypass menghala daripada Bandar Seri Begawan ke Kuala Belait itu tertutup dan menyebabkan kesesakan jalan.

Kejadian tersebut yang dianggap terbesar pernah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini berlaku pada kira-kira pukul 7.00 malam. Dan pihak polis masih menyiasat punca daripada kejadian itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular