Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 10 Januari 2012

Bersetubuh dengan gadis Vietnam lelaki S'pura dihukum




SINGAPURA - SEORANG lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur warga Vietnam dan membayarnya $150, dihukum penjara empat bulan.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu, mengaku mengadakan hubungan seks komersial dengan gadis berusia 17 tahun itu di Hotel Wah Min di Geylang pada 15 Jun tahun lalu.

Mahkamah Daerah diberitahu Lelaki tersebut adalah seorang jurutera teknikal, bertemu gadis itu di sebuah pub di Geylang Road pada 14 Jun. Semasa berbual, gadis itu memberitahu dia berusia 19 tahun.

Namun, seorang kakitangan di pub menghampiri gadis itu dan meminta pasportnya. Dia disuruh meninggalkan pub itu kerana dia masih di bawah umur.

Gadis itu kemudian ke sebuah kedai kopi, tempat lelaki menghampiri dan bertanyakan usianya. Gadis itu berkata dia berusia 18 tahun dan beliau mempercayainya.

Lelaki itu kemudian mengajak gadis itu ke sebuah hotel untuk mengadakan hubungan seks. Gadis itu bersetuju.

Lelaki dan gadis itu kemudian ditangkap ketika mahu meninggalkan hotel tersebut.

Lelaki berkenaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda kerana mengadakan hubungan seks komersial dengan seseorang yang di bawah usia 18 tahun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular