Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 10 Januari 2012

Rokok elektronik dirampas

Antara rokok elektronik yang dirampas.





BANDAR SERI BEGAWAN - Unit Penguatkuasaan, Bahagian Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan telah merampas sebanyak 34 unit rokok elektronik berbagai jenis yang didapati dijual di salah sebuah kedai dalam satu operasi rondaan di beberapa buah kompleks membeli belah di ibu negara baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, ia merupakan satu kesalahan di bawah Bab 6 Perintah Tembakau 2005 dan mereka yang didapati melakukan kesalahan tersebut telah dikenakan denda kompaun sebanyak $300.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai dan peniaga bahawa membawa masuk, menjual atau menawarkan untuk jualan sebarang produk yang direka bentuk untuk menyerupai suatu produk tembakau adalah merupakan satu kesalahan di bawah Bab 6 Perintah Tembakau 2005.

Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $300 bagi kesalahan pertama, $500 bagi kesalahan kedua dan dihadapkan ke mahkamah bagi kesalahan seterusnya. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga $10,000.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular