Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 April 2012

Proses korban diperketat



SINGAPURA - PROSES pengendalian dan penyembelihan kambing korban yang dibawa masuk dari Australia kini diperketatkan - demi memelihara kebajikan haiwan tersebut.

Menerusi peraturan baru yang ditetapkan oleh pemerintah Australia ke atas negara-negara yang mendapatkan bekalan kambingnya, pihak masjid dan organisasi yang menjalankan ibadah korban di sini diwajibkan, antaranya:

menyediakan kandang yang luas agar kambing dapat bergerak bebas secara semula jadi; dan

memastikan tukang sembelih berlesen dan terlatih

Menerusi rangka kerja baru ini, dijangkakan tidak semua 47 masjid yang menjalankan ibadah korban dan akikah pada Hari Raya Aidiladha pada November tahun lalu berupaya memenuhi keperluan yang ditetapkan mengikut Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (Escas) Australia itu.

Ini akan menyebabkan beberapa masjid perlu bekerjasama dengan masjid lain untuk menjalankan ibadah korban.

Tahun lalu, sebanyak 6,230 ekor kambing - daripada jenis biri-biri dan gurun - didatangkan dari Australia menerusi pesawat ke negara ini bagi pelaksanaan ibadah korban.

Akibat peraturan baru yang mesti dilaksanakan ini, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tidak menafikan kos pelaksanaan ibadah korban akan meningkat tahun ini.

'Pada masa ini, kami menjangkakan kos (pelaksanaan ibadah korban) akan naik tetapi kami masih belum dapat menganggarkan jumlah kenaikan itu,' kata Timbalan Pengarah (Masjid) Muis, Encik Mohamad Helmy Mohd Isa, dalam sidang akhbar di ibu pejabat Muis di Braddell Road, kelmarin.

Di bawah Escas, masjid dan pertubuhan wajib menjalani audit bagi memastikan ia berupaya memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum diizin melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka pada 26 Oktober ini.

Escas mula dilaksanakan di Indonesia tahun lalu setelah terdedahnya isu haiwan dieksport yang tidak dilayan dengan baik di rumah-rumah sembelih di sana.

Tahun ini, Escas dilancar secara berperingkat di beberapa negara lain, termasuk Singapura.

Walaupun kebanyakan peraturan ditetapkan ini sudah pun diamalkan di sini kerana selari dengan hukum Islam, ada beberapa peraturan tambahan yang wajib dituruti.

Pada tahun-tahun lalu, masjid-masjid di Singapura secara purata menerima sekitar 100 sehingga 150 ekor kambing, bahkan ada sehingga 250 ekor.

Di bawah peraturan baru ini juga, hanya penyembelih terlatih dibenarkan melaksanakan penyembelihan haiwan korban.

Selain tukang-tukang penyembelih terlatih, masjid-masjid terlibat juga akan melantik Pengurus Operasi Korban (KOM).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular