Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 April 2012

Sarjan polis dijel lima tahun kerana rompak





SINGAPURA - SEORANG bekas staf sarjan polis dihukum penjara lima tahun semalam - kerana merompak dengan memecah masuk rumah mangsanya.

Mohamed Faisal Mohamed Yusoff, 33 tahun, mengaku salah bagi lima tuduhan pecah masuk dan merompak antara Ogos dengan Februari lalu.

Dia bertugas di Cawangan Risikan Divisyen di Divisyen Polis Central ketika itu.

Sebanyak 10 lagi tuduhan ke atasnya diambil kira semasa hakim menjatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Allison Phua berkata secara keseluruhannya Mohamed Faisal merompak barang-barang berjumlah $30,300 dan hanya $4,100 ditemui semula.

Mahkamah diberitahu dia menggunakan pemutar skru untuk membuka tingkap dan pintu sorong rumah-rumah untuk mencuri wang tunai, barang kemas dan barang lain, seperti jam tangan, kamera, komputer riba dan alat pengukur degup jantung.

Hakim memutuskan hukuman penjara itu bermula pada 26 Februari lalu, iaitu hari pertama Mohamed Faisal ditahan reman.

Dia telah digantung daripada tugas sejak ditangkap dan sekarang akan dipecat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular