Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 April 2012

Siswi 16 tahun diperkosa rakan sedarjah dalam kelas



KUALA TERENGGANU – Malang bagi seorang pelajar perempuan, tindakannya berpatah balik ke kelas bagi mengambil bukunya yang tertinggal mengundang padah apabila dirogol rakan sekelasnya, Ahad lalu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa dirogol rakannya di dalam kelas di salah sebuah sekolah di daerah ini, kira-kira jam 1.45 petang.

Menurut sumber, ketika kejadian, empat suspek yang sebelum itu dipercayai menyorok sebaik menyedari kehadiran mangsa, kemudiannya keluar ketika mangsa sedang mengambil bukunya.

Mangsa mendakwa, seorang daripada suspek telah merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi hanya memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya itu.

“Sejurus kejadian itu, mangsa telah ke rumah ibu saudaranya dan berubah menjadi pendiam selepas kejadian itu. Dia juga kelihatan takut dan trauma apabila berjumpa dengan lelaki selepas peristiwa hitam itu.

“Keluarganya hanya mengetahui kejadian itu Rabu lalu setelah dihubungi pihak sekolah dan dia kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarga. Satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu kelmarin, kira-kira jam 2.30 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi di sini semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Tiga daripada empat suspek telah ditangkap awal pagi semalam dan direman selama tujuh hari bermula semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular