Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 April 2012

$900 juta bagi menaik taraf dua laluan MRT




SINGAPURA - PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) dan syarikat SMRT akan membelanjakan $900 juta bagi menaik taraf laluan Utara-Selatan dan Timur Barat setelah dua gangguan besar melumpuhkan sistem MRT, Disember lalu.

Kerja-kerja menaik taraf dan penyenggaraan pencegahan di Laluan Utara-Selatan Timur Barat (NSEWL) itu akan bermula tahun ini dan dijangka selesai menjelang 2020.

Syarikat SMRT Corp mengumumkan usaha itu sewaktu sidang akhbar di Depoh Bishan, petang semalam.

Sidang akhbar itu dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim dan Pengarah Eksekutif SMRT, Encik Tan Ek Kia, dan dua pegawai kanan SMRT yang lain.

Dalam sidang akhbar itu, Encik Tan, yang mengambil alih SMRT awal tahun ini, telah memohon maaf beberapa kali kerana pelbagai gangguan yang menimpa sejak dua minggu yang lalu.

Beliau menegaskan bahawa menyusuli siasatan dalaman yang dijalankan, SMRT akan mengambil beberapa langkah bagi memastikan sistem MRT di sini lebih berdaya tahan.

'Kerosakan akan berlaku dari masa ke masa kerana sistem MRT di sini menjadi lebih matang.

'Kami ingin yakinkan orang ramai bahawa SMRT mempunyai sistem pengurusan yang teguh bagi mengesan kerosakan.

'Kami akan memeriksa setiap kerosakan atau gangguan yang berlaku, ambil iktibar, dan memastikan pengajaran itu diserap dalam jadual penyenggaraan kami.

'SMRT juga tidak memandang ringan keselamatan, terutama keselamatan penumpang,' tambahnya lagi.

Projek-projek yang akan dijalankan secara berperingkat itu antara lain merangkumi rancangan menggantikan kesemua penyepit logam yang mengunci rel ketiga yang membekalkan kuasa elektrik kepada kereta api MRT.

Sedang penyepit rel ketiga telah melalui perubahan lima generasi sejak ia mula digunakan di Singapura, penyepit di tapak-tapak yang mengalami gangguan pada 15 dan 17 Disember lalu itu masih merupakan generasi pertama atau kedua.

Penyepit baru itu akan dikancing ke bawah dan berupaya menahan gegaran berbanding penyepit yang digunakan sekarang.

Satu sistem baru yang berupaya mengukur paras gegaran di landasan-landasan kereta api akan juga dilaksanakan.

Sistem pendorong di kereta api MRT yang lebih tua akan juga digantikan. Lebih separuh daripada sekitar 128 kereta api yang kini beroperasi di NSEWL kini berusia lebih 25 tahun.

Antara projek rumit yang akan bermula tahun ini dan dijangka diselesaikan menjelang 2020 ialah menggantikan semua ranjang landasan kereta api.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular