Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 April 2012

Bersih 3.0 jadi huru-hara





KUALA LUMPUR - Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil bertukar ganas apabila penyokongnya bertindak mencederakan 11 anggota polis serta merosakkan harta benda awam ketika menyertai perarakan haram menuju ke Dataran Merdeka semalam.

Kesemua anggota tersebut termasuk seorang anggota wanita dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan pesakit luar akibat kecederaan di kepala, tangan serta patah gigi.

Dua daripada anggota itu ditumbuk dan dipukul dengan kon dalam insiden sebuah kereta peronda Proton Waja diterbalikkan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih berjaya mengawal keadaan, malah berjaya menyekat para penyokong Bersih 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka.

Polis kelmarin mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam kelmarin hingga 1 Mei.

Katanya, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh bertindak ganas.

Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikritik Umno Kelantan atas alasan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 3.0, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berhimpun di ibu negara, semalam.
Menteri Besar Kelantan ini berkata, rakyat hadir di ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan ketika Bersih kerajaan diam dan membisu manakala  apabila Bersih 2.0 diadakan, kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Sydney, Melbourne, Makkah, Madinah dan Mesir turut menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular