Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 21 April 2012

Tiga cara dapatkan 'Husnul Khatimah'




BANDAR SERI BEGAWAN  - "Husnul Khatimah" (mati dengan kesudahan yang baik) adalah impian setiap orang-orang Mukmin termasuk diri kita sendiri, dan bukan sebaliknya iaitu "Suul Khatimah" (mati dengan kesudahan yang buruk).

Sehubungan dengan itu dalam Khutbah Jumaat hari ini Khatib telah mengungsikan tiga cara untuk mendapat Husnul Khatimah, dan salah satu daripadanya adalah melakukan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah Ta'ala dan meninggalkan larangan-Nya.

Yang kedua menurut Khatib ialah sentiasa berdoa kepada Allah Ta'ala dengan bersungguh-sungguh supaya pengakhiran kehidupan kita dalam beriman dan bertakwa, dan salah satu daripada doa yang patut menjadi amalan umat Islam ialah Ayat 83 Surah As-Syura yang maksudnya: "Ya Tuhanku! Berikanlah kepada ku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh."

Manakala cara yang ketiga ialah dengan sentiasa berusaha memperbaiki diri sama ada zahir atau batin, dan kita juga hendaklah menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan makhluk Allah Ta'ala di muka bumi ini. Dengan itu kita akan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah Ta'ala, ujar Khatib.
"Selaku hamba Allah yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa, kita hendaklah sentiasa bertaubat. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang mengakui kesilapan dan memohon keampunan di atas dosa yang dilakukan."

Dalam Khutbah berkenaan, Khatib turut melontarkan persoalan sama ada umat Islam pernah berfikir apakah sebenarnya tujuan Allah Ta'ala menciptakan manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan.
"Ketahuilah, bahawa Allah Ta'ala menciptakan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya sebagaimana firman-Nya dalam Surah Az-dzariyat Ayat 56 yang tafsirnya, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Ku."
Maka, dalam kita mengharungi kehidupan di dunia ini, sama-sama kita berusaha meningkatkan amal ibadat dan melakukan perkara-perkara berkebajikan supaya penghujung hayat kita dalam keadaan Husnul Khatimah, nasihat Khatib.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular