Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 23 April 2012

LRT rosak, penumpang terpaksa jalan atas landasan




SINGAPURA - SERAMAI 11 penumpang terpaksa memberanikan diri berjalan di atas landasan atas tanah ini (gambar) setelah khidmat LRT Bukit Panjang tergendala, petang semalam.

Syarikat SMRT, dalam kenyataannya semalam, berkata gerabak LRT yang dinaiki mereka terhenti di tengah-tengah landasan antara stesen Bukit Panjang dengan Senja sekitar 4.45 petang.

Akibatnya, para penumpang terpaksa berjalan sekitar 150 meter di atas landasan itu - yang seluas 1.5 meter dan difahamkan anggaran setinggi flat tiga tingkat - untuk ke stesen Senja.

Khidmat LRT di laluan A, tempat gerabak tersebut terhenti, tergendala selama dua setengah jam hingga 7.15 malam. Khidmat LRT di laluan B pula tergendala selama sembilan minit dan di laluan C, hampir sejam.

Seorang penduduk, Encik Azman Zaini, 50 tahun, yang menyaksikan insiden tersebut dari rumahnya di tingkat empat di Jelebu Road, terdengar bunyi dentuman yang kuat diikuti dengan bunyi menciut pada 4.45 petang.

Beliau kemudian menelefon polis dan sempat mengambil gambar dan video kejadian tersebut,

'Saya lihat ada penumpang membawa kanak-kanak. Bayangkanlah, pasti ia satu pengalaman menyeramkan. Takut juga kalau-kalau mereka terkena kejutan elektrik semasa berjalan di atas landasan,' ujar beliau.

SMRT berkata kakitangannya tiba untuk membantu penumpang yang terkandas dalam gerabak tersebut dalam masa kurang lima minit. Sepanjang gerabak terhenti, hawa dingin dan lampu tidak dimatikan, katanya.

Para penumpang kemudian ditemani kakitangan dan berjalan di atas landasan tersebut, yang menurut SMRT, selamat dan biasa digunakan kakitangan penyelenggarannya.

Gerabak yang rosak itu kemudian dicantumkan dengan sebuah lagi gerabak LRT dan ditolak ke stesen berdekatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular