Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 22 April 2012

Langit bagaikan merekah...




SINGAPURA - KILAT sabung-menyabung yang bagai membelah langit Singapura kelmarin malam, telah mencetuskan satu pemandangan yang jarang dilihat di sini.

Ia telah dapat dirakamkan untuk diabadikan dalam sejarah cuaca Singapura oleh jurugambar, Encik Johari Rahmat.

Menurut Encik Johari, beliau baru hendak pulang dari tempat kerja ke rumahnya apabila terpandang satu percikan besar kilat itu. Lalu, sebaik pulang ke rumahnya di Hougang Avenue 5, beliau terus bergegas ke koridor tingkat sembilan dari flatnya di tingkat 3 untuk memetik gambar kilat tersebut.

'Saya mula petik dari 8.45 malam dan terus memetik gambar hingga selama kira-kira tiga jam kerana kilat itu sabung-menyabung tak henti-henti, selang kurang lima minit setiap kali,' kata Encik Johari, 55 tahun.

'Ada yang sepanjang kira-kira 30 kilometer, saya rasa, dan ada yang bercabang-cabang dalam warna kuning, merah, biru...Tak pernah saya nampak kilat macam ni,' katanya lagi.

Menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura, kilat itu berpunca daripada kejadian ribut kira-kira 40 kilometer ke timur laut Singapura.

Singapura mempunyai kadar kejadian ribut petir dan kilat yang antara tertinggi di dunia. Purata 171 kejadian ribut petir dicatatkan di sini setiap tahun, menurut khidmat itu dalam laman webnya.

Jumlah kejadian ribut petir di sini memuncak dalam bulan April, Mei dan November dengan purata 20 hari kejadian ribut petir dicatat dalam bulan-bulan tersebut. Kejadian terendah dengan empat hingga lima hari ribut petir adalah pada bulan Januari dan Februari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular