Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 April 2012

Wanita tikam suami dengan gunting

Foto hiasan.




JOHOR BAHRU – Pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri di Taman Sentosa, di sini, semalam berakhir dengan tragedi apabila si isteri bertindak menikam perut suaminya dengan gunting sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7 pagi itu, mangsa dikatakan ditikam isterinya selepas berlaku salah faham antara mereka.

Menurut teman serumah mangsa yang mahu dikenali sebagai Mahmud, 27, pada mulanya dia terdengar pasangan itu bertengkar ketika berada di dalam bilik air.

“Keluar sahaja daripada bilik air, saya terkejut mendapati mangsa terbaring di lantai dengan berlumuran darah.

“Ketika itu dia hanya berkata 'isteri menikam saya' sambil mengerang kesakitan,” katanya.

Menurut Mahmud, pasangan suami isteri itu memang kerap bertengkar sejak mula pindah ke situ empat bulan lalu.

Sementara itu, mangsa yang mengalami luka di perut sepanjang 15 sentimeter dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular