Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 15 April 2012

Bakal calon PRU, buru dukun dan bomoh

Sharhan menunjukkan cebisan kiswah yang didakwa boleh ‘melariskan’ diri si pemakai.




SUBANG JAYA - Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.

Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.

Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.

Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular